Pengenalan

Pertubuhan Aspirasi Guru Sarawak (PAGS) merupakan sebuah organisasi profesional yang ditubuhkan bagi menghimpunkan suara dan aspirasi para pendidik di negeri Sarawak. Pertubuhan ini berperanan sebagai platform untuk memperkasakan profesion perguruan melalui pembangunan profesionalisme, perkongsian ilmu, serta memperjuangkan kebajikan guru.

Sebagai rakan strategik kepada Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak (MEITD), PAGS komited untuk menyokong dasar dan inisiatif kerajaan negeri dalam mentransformasikan landskap pendidikan Sarawak. Melalui pelbagai program, bengkel, dan kerjasama bersama MEITD, persatuan ini berusaha memperkasa guru sebagai ejen perubahan dalam memperkukuh sistem pendidikan, membina bakat tempatan, dan melahirkan generasi berilmu yang bersedia menghadapi cabaran global.

Dengan pendekatan inklusif dan progresif, PAGS berfungsi sebagai jambatan antara guru, komuniti, dan pihak berkepentingan dalam usaha memartabatkan profesion keguruan dan pendidikan di Sarawak.

Objektif Kami

Objektif 1

Menyatukan guru – guru yang berasal daripada Sarawak bagi meningkatkan profesion perguruan bagi pendidikan untuk anak-anak Sarawak.

Objektif 2

Membantu Kerajaan Sarawak dan KPM dalam melaksanakan dasar Pendidikan

Objektif 3

Menimbulkan kesedaran di dalam kalangan ahli akan kepentingan peranan dan tanggungjawab guru dalam meningkatkan pendidikan dalan pembangunan negara

Objektif 4

Mengadakan, menganjur dan melaksanakan kegiatan-kegiatan dalam bidang pendidikan, rohani, sosial, sukan rekreasi dan kebajikan.

Objektif 5

Mengadakan dan menjalinkan hubungan serta kerjasama dengan agensi, individu dan badan-badan lain yang sesuai dengan tugas dan matlamat Pertubuhan.

Objektif 6

Memberi cadangan, khidmat nasihat, data penyelidikan dari apa-apa yang diperlukan kepada agensi berkaitan Pendidikan di negeri